suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyayat hati... Nenek ditemukan tak bernyawa selepas keluar cari kangkung, minyak angin dan bekal makanan masih di sisi

Meninggal dunia ketika sedang mencari rezeki sememangnya kehilangan besar buat keluarga. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas meninggal dunia ketika mencari sayur kangkung yang menjadi sumber pendapatannya.

Nenek berusia 74 tahun itu ditemukan sudah tidak bernyawa oleh penduduk setempat di kawasan sawah padi di Bilaporah, Jawa Timur, Indonesia pada pagi Rabu.

Lebih memilukan, minyak angin serta bekal makanan milik mangsa turut dijumpai berhampiran jasadnya.

Menurut anak lelaki mangsa, ibunya seolah-olah memberi bayangan dirinya hendak 'pergi' apabila berkeras untuk mencari kangkung seperti mana kebiasaan meskipun sudah dilarang.

"Setiap dua hari sekali, dia (mangsa) akan cari kangkung di sana untuk dijual.

"Selalunya saya yang hantar ke sana, tetapi kali ini dia pergi sendiri," cerita anak lelaki mangsa.

Doktor di Hospital Syamrabu Bangkalan, Dr Edi Suharto mengesahkan tiada sebarang unsur keganasan melibatkan objek tajam atau tumpul pada badan mangsa.

"Jenazah tidak dibedah siasat, maka kami tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya.

Punca kematian warga emas itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan faktor usia. -Agensi

Artikel Lain