suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang hubungan sulit dipersoal, lelaki tembak mati isteri

Pemilikan senjata api perlu mendapatkan lesen yang sah. -Gambar hiasan

GARA-GARA mempersoalkan hubungan sulit, seorang wanita maut ditembak suaminya. 

Lebih menyedihkan apabila perkahwinan baru berlangsung Februari lalu.

Kejadian pada Isnin itu dilaporkan berlaku di Jharkhand, India. 

Menurut polis, sebelum kejadian berlaku, mangsa Simran Devi, 22, telah bertengkar dengan suspek Vinit Singh berkaitan hubungan sulit bersama seorang wanita. 

Ujarnya, suspek yang berang kemudiannya menembak mati mangsa. 

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, yang ditentang isterinya. 

“Mereka bertengkar pada malam Isnin (19 Mei) di mana suami menembak mati isterinya dalam keadaan marah," katanya. 

Susulan tindakan itu, suspek melarikan diri dan kini dalam buruan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain