SEORANG pengusaha restoran dan pasanggannya dituduh membunuh dengan cara kejam dalam suatu kejadian rompakan sekitar tahun 2023.
Sewaktu disoal siasat, suspek, Philippe Schneider, 69, dan Nathalie Caboubassy, 43, mengaku telah menolak mangsa sehingga meninggal dunia.
Kejadian dilaporkan berlaku di Perancis.
Berdasarkan laporan, lelaki malang dikenali sebgaai Georges Meichler itu dikerat dan dicincang sebelum sisa tulang-belulangnya dikuburkan di kawasan berhampiran rumahnya.
Lebih mengejutkan apabila suspek turut memasak sebahagian daripada tubuh mangsa, dipercayai sebagai 'ritual keagamaan'.
Dalam pada itu, Luc Abratkiewicz selaku peguam tertuduh sama sekali tidak menafikan kekejaman tersebut.
"Motif yang remeh. Hanya berpunca daripada beberapa ribu euro, secara tiba-tiba anda terjerumus di dalam kegelapan.
"Mereka mengerat mangsa, memasaknya di dalam tin kemudian membakar selebihnya. Kedengaran kasar, tetapi begitulah hakikatnya," ujarnya.
Pada masa sama, dia mendedahkan gaya hidup suspek yang gemar mengambil alkohol dan dadah sehingga mendorong tercetusnya idea pembunuhan kejam.
Terdahulu, pasangan itu dikatakan pernah bekerja di restoran ternama sebelum mengusahakan sebuah restoran pizza di Saint-Sernin-sur-Rance, namun dikatakan bangkrap menjelang penularan wabak Covid-19 lalu. -Agensi