SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi mangsa cabul ketika sedang bermain 'sembunyi-sembunyi' di stor masjid.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Ketua Unit Briged Bergerak Polis, Inspektor Pertama Muhammad Alfian berkata, pada masa kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya sedang leka bermain sebelum tiba-tiba dihampiri suspek.
"Mangsa dikatakan sedang bermain sorok-sorok dengan rakan-rakannya dan menyembunyikan diri di stor masjid.
"Secara tiba-tiba dia dihampiri individu tidak dikenali," ujarnya yang berjaya menahan suspek.
Mengulas tentang kejadian, ujarnya, suspek berusia 19 tahun itu hanya berhenti selepas melihat kanak-kanak terbabit mula mengalami sesak nafas dan menangis.
Malah katanya, suspek mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan ayam peliharaan selain mencuri seluar dalam milik jirannya.
"Suspek sering mencuri seluar dalam di sekitar kompleks perumahannya, dia pernah memasukkan alat sulitnya ke haiwan ternakan," dedah Alfian.
Suspek juga dikesan memiliki orientasi seksual, yang mana seseorang dengan keadaan ini cenderung tertarik secara emosi dan seksual terhadap jenis kelamin lain, kelamin serupa atau kedua-duanya sekali. -Agensi