BERTOPENGKAN nafsu, seorang warga emas didakwa atas pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang remaja perempuan bawah umur.
Lelaki berusia 62 tahun itu, bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menyatakan sentuhan yang dilakukan adalah bersifat kebapaan kerana telah berusia serta tidak berminat dengan hubungan romantis.
Malah dia meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan tindakan undang-undang.
Kejadian tersebut berlaku di Wang Thonglang, Bangkok di Thailand.
Bercerita mengenai insiden yang berlaku, remaja terbabit menyatakan, dia pada awalnya menempah teksi dari sebuah pusat membeli-belah di Ratchathewi ke sebuah lorong di Phlapphla, Wang Thonglang atas urusan peribadi.
Sewaktu dalam perjalanan, suspek pada awalnya berbual tentang politik semasa.
Namun, secara tiba-tiba dia membincangkan perihal seks sehingga mengundang rasa bimbang.
Bukan itu sahaja, remaja terbabit turut mendakwa lelaki itu menyentuh paha kanannya sebaik sahaja tiba di destinasi seterusnya mengakibatkan dia menjadi kaku dan tidak dapat melawan.
Dalam pada itu, Mejar Jeneral Polis Witthaya Sriprasertphap mengerahkan operasi penahanan setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.
Suspek kemudian berjaya diberkas di Sala Thammasop, daerah Thawi Watthana untuk tindakan lanjut. -Agensi


