suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar cari katak, lelaki mati diserang gajah

Penduduk setempat melihat kawasan mangsa diserang gajah.

SEORANG lelaki ditemukan mati di dalam parit selepas diserang seekor gajah ketika mencari katak pada Ahad.

Mayatnya ditemukan dalam keadaan terlentang dengan peralatan seperti penangkap katak serta pisau turut berada bersamanya.

Selain itu, motosikalnya juga terbalik dengan kesan tapak kaki gajah serta najis haiwan itu dilihat berdekatan lokasi.

Pada Sabtu, mangsa dikenali sebagai Chalo, 59, bersama isterinya, Chamroen, 54, telah keluar untuk tujuan itu tetapi pulang ke rumah pada pukul 11 malam.

Namun, Chalo keluar semula mencari katak bersendirian pada 2 pukul pagi Ahad sebelum berita kematiannya dimaklumkan oleh penduduk kampung.

Kejadin berlaku di daerah Lan Sak di wilayah Uthai Thani, Thailand.

Chamroen membuat spekulasi bahawa gajah itu mungkin terkejut dengan lampu depan yang dipakai Chalo, menyebabkan haiwan itu menyerang suaminya.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan teruk di bahagian leher yang menjadi penyebab utama kematiannya.-Agensi

Artikel Lain