suria

Gurauan hilang selipar berakhir tragedi, mayat remaja lelaki tanpa seurat benang ditemukan

Mayat mangsa ditemukan tanpa pakaiab di sungai. -Foto detikcom

SIAPA sangka, gurauan seorang rakan berakhir dengan tragedi.

Gara-gara kehilangan selipar, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut akibat dipukul dua rakan baiknya sendiri.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan membusuk oleh seorang penduduk kampung di sebatang anak sungai sekitar pagi 24 April lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lampung Tengah, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Lampung Tengah, AKBP Alsyahendra, mangsa dikatakan melakukan gurauan yang mengundang kemarahan rakan-rakannya.

"Mangsa dikenali dengan sikap nakalnya telah menghilangkan selipar salah seorang daripada mereka. Suspek yang berang kemudian bertindak membelasah mangsa hingga tidak sedarkan diri," kata Alsyahendra pada Sabtu.

Mangsa juga dikatakan dibogelkan terlebih dahulu sebelum mayatnya dicampak ke sungai.

"Suspek berasa cemas apabila melihatkan mangsa dihanyutkan arus deras dan tenggelam. Mereka kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian," ujarnya.

Hasil siasatan polis membawa kepada penahanan kedua-dua suspek berusia 16 tahun.

Terdahulu, penduduk kampung Rama Dewa digemparkan dengan penemuan mayat seorang remaja lelaki dalam keadaan tanpa seurat benang di sungai Seputih Raman, Lampung Tengah. -Agensi

Artikel Lain