suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar anak perempuan sampai mati, bapa kejam akhirnya meninggal dunia dalam penjara

Malt meninggal dunia pada 29 April lalu.

SEORANG penjenayah yang sedang menjalani hukuman kerana membunuh anak perempuannya meninggal dunia di dalam penjara.

Nigel Malt, 47, menghembuskan nafas terakhir di penjara kategori B HMP Gartree, Leicestershire, England pada 29 April. 

Menurut pengurusan penjara itu, mereka sudah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian banduan berkenaan.

Untuk rekod, Malt ditempatkan di penjara itu bermula tahun 2022.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana melanggar anaknya dengan sebuah kereta. - Agensi.

 

Artikel Lain