suria

Mahu elak manusia pupus, Elon Musk cadang penduduk bumi pindah planet lain

Elon Musk berpendapat manusia boleh mengembangkan kehidupan di planet Marikh.

PENGASAS SpaceX, Elon Musk sekali lagi menyuarakan pandangannya tentang keperluan manusia mengembangkan populasi ke seluruh sistem suria.

Menurutnya, Marikh adalah sasaran paling sesuai dan mudah diakses agar manusia tidak pupus sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke atas bumi.

Musk menyuarakan pandangannya itu menerusi satu temu bual bersama hos Fox News, Jesse Watters.

"Itulah salah satu kelebihan Marikh, sebagai 'insurans hayat' untuk semua kehidupan.

"Pada akhirnya, semua kehidupan di bumi akan musnah akibat matahari. Matahari semakin berkembang secara perlahan-lahan.

"Jadi kita pada satu ketika nanti perlu menjadi satu tamadun berbilang planet, kerana bumi akan terbakar hangus," kata Musk.

Dakwa Musk, bumi mempunyai kira-kira 450 juta tahun "sebelum keadaan menjadi terlalu panas sehingga kehidupan tidak lagi boleh wujud. - Agensi.

 

Artikel Lain