suria

Pasangan didakwa hukum anak angkat sampai mati gara-gara perangai buas

Kanak-kanak ini disyaki meninggal dunia akibat didera ibu bapa angkatnya. -Foto Facebook

SEORANG kanak-kanak lelaki yang kekurangan zat makanan disyaki meninggal dunia akibat dihukum oleh ibu bapa angkatnya.

Mangsa, Isaiah Stark, 7, dikatakan terpaksa menelan air garam zaitun sebagai satu bentuk denda kerana kelakuannya yang tak terkawal.

Air garam zaitun merupakan larutan masin yang digunakan untuk merendam atau mengawet buah zaitun dalam balang.

Kes itu berlaku pada tahun 2020, namun hanya dilaporkan sekitar November 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dua bulan kritikal, alami pendarahan dalam kepala disyaki didera

Pada awalnya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat kemalangan.

Namun, timbul pula dakwaan mengenai anggota polis di Grand County, Colorado yang didakwa cuba menutup kes itu.

Perkembangan terbaharu itu menyebabkan kes melibatkan kanak-kanak malang berkenaan kembali menjadi perhatian ramai.

Malah, orang ramai turut menyeru agar kes itu disiasat semula supaya mangsa mendapat keadilan sewajarnya. -Agensi.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia