suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat salah faham, budak 6 tahun cedera ditendang bapa kawan di tadika

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan insiden yang berlaku di sebuah tadika.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas ditendang oleh bapa murid lain di sebuah tadika.

Susulan itu, murid berkenaan terpaksa menerima rawatan perubatan selama seminggu.

Insiden tersebut berlaku di sebuah tadika di wilayah Trang, Thailand, pada petang Khamis lalu.

Kejadian bermula apabila seorang ibu tiba di sekolah untuk mengambil anaknya yang cedera.  

Guru memaklumkan anaknya terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sekelas sehingga menyebabkan bibirnya mengalami luka.

Ibu kanak-kanak itu kemudian meminta maaf kepada guru dan ibu bapa murid-murid yang lain.  

Ketika berbual antara mereka, bapa kepada seorang murid lain, dilaporkan secara tiba-tiba berlari dan menendang kepala budak itu, sehingga mengakibatkan kecederaan.

Ibu mangsa bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu, dan membawa anaknya ke hospital.

Doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan anaknya selain kecederaan di kepala.

Polis kemudian memanggil pelaku untuk disoal siasat, dan berdepan dengan pertuduhan menyerang yang menyebabkan kecederaan fizikal atau mental.  

Polis kini melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain