suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Wanita cekik ibu, anak kandung sehingga mati... Mayat dikerat dan dibakar

Bedah siasat perlu dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

PENEMUAN tengkorak dan rangka manusia di sebuah kebun membongkar pembunuhan ngeri membabitkan seorang wanita warga emas dan kanak-kanak perempuan.

Berdasarkan penemuan itu, kedua-dua mangsa bukan sahaja dicekik sehingga mati malah mayat dipotong beberapa bahagian sebelum dibakar dan ditanam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Cibanteng, Sukaresmi di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Cianjur AKBP Rohman Yonky Dilatha berkata, suspek merupakan wanita berusia 31 tahun dan ayahnya, 60.

"Pada awalnya, penduduk jumpa tengkorak, kemudian rangka di lokasi tidah jauh dari penemuan pertama.

"Oleh itu, kami segera lakukan siasatan lanjut," ujarnya pada Isnin.

Menurutnya, suspek merupakan anak kepada mangsa warga emas terbabit dan ibu kanak-kanak yang dibunuh.

Malah kata Rohman, bapa suspek dipercayai membantu menghapuskan bukti pembunuhan dengan cara memotong dan membakar kedua-dua mangsa sebelum menanamnya di kebun penduduk setempat.

"Penjenayah mengaku perbuatannya dan terdapat bukti dalam telefon bimbitnya berupa gambar mangsa. 

"Malah daripada pengakuan, selepas membunuh ibunya, pelaku membunuh anaknya yang terjaga dengan alasan mangsa tidak akan menjadi saksi atau membuat bising," katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan. -Agensi

Artikel Lain