suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer nekad putuskan hubungan, tak tahan teman lelaki ketiak busuk

MASALAH bau badan sememangnya boleh mengganggu orang sekeliling.

Pempengaruh, Debora Porto turut berdepan situasi sama apabila teman lelakinya enggan memakai deodorant.

Ekoran kedegilan lelaki tersebut, pempengaruh Brazil itu akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Selain bau ketiak, Debora berkata bekas teman lelakinya itu juga hanya mandi seminggu sekali.

"Pada awalnya, saya anggap sikapnya itu menarik. Tapi lama kelamaan ia menjadi satu masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu sungguh ketiak gelap, berbau... Ini petua cerahkan semula, bulu pun tak tumbuh

"Dia percaya yang dia perlu membiarkan badannya bebas daripada sebarang bahan kimia.

"Sikap itu akhirnya memberi kesan terhadap hubungan kami," jelas wanita berusia 35 tahun itu.

Antara lain, Debora berkata teman lelakinya juga tidak menggunakan perabot di kediamannya.

Sebaliknya, lelaki itu memilih untuk tidur di atas lantai atau tikar demi menjalani kehidupan secara semula jadi. -Agensi.

 

Artikel Lain