MASALAH kulit ketiak yang gelap dan berbau sering menjadi punca rasa kurang yakin dalam kalangan individu.
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk pengumpulan sel kulit mati, penggunaan deodoran yang mengandungi bahan kimia serta tabiat mencukur tidak betul.
Namun, terdapat kaedah semula jadi yang bukan sahaja dapat membantu mencerahkan kulit ketiak, mengurangkan bau badan, malah menghalang pertumbuhan bulu dengan lebih efektif.
Petua ini dikongsikan oleh seorang lelaki, Mahadi Abdullah di media sosial.
Timun perlu dihiris nipis sebelum disapukan pada ketiak.
Bahan yang diperlukan
1. Timun - Dikenali dengan sifatnya yang menyejukkan dan membantu dalam proses pencerahan kulit.
2. Lemon - Mengandungi asid sitrik yang berfungsi sebagai agen pencerah semula jadi dan membantu menghilangkan bakteria penyebab bau badan.
3. Tepung beras - Bertindak sebagai agen skrub semula jadi yang mampu menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kawasan ketiak.
Kaedah penyediaan dan penggunaan
1. Perah jus lemon ke dalam bekas yang mengandungi tepung beras.
2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes yang sebati.
3. Hiris timun nipis-nipis.
4. Celup hirisan timun ke dalam sebatian yang sudah disediakan.
5. Gosok perlahan-lahan pada bahagian ketiak dalam gerakan membulat selama beberapa minit.
6. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.