AHLI arkeologi menemui loket berbentuk kemaluan lelaki yang dipercayai digunakan sebagai azimat pembawa tuah pada zaman Rom purba.
Penemuan itu dibuat di kubu Rom di Vindolanda, berhampiran Tembok Hadrian di Britain, ketika kerja penggalian di tapak yang pernah diduduki tentera Rom hampir 2,000 tahun lalu.
Antara artifak terkini yang ditemui ialah loket rantai berbentuk zakar.
Permukaannya yang licin menunjukkan ia kerap disentuh, dipercayai sebagai amalan untuk membawa tuah.
“Loket kecil ini dipercayai hilang pada awal abad ke-4 ketika dinding berek tempat ia ditemui sedang dibina,” kata Pengarah Penggalian Yayasan Vindolanda, Dr Andrew Birley.
Menurutnya, loket seperti ini mungkin dipakai ramai askar sebagai pelindung diri pada zaman itu.
Dalam budaya Rom, simbol zakar sering digunakan sebagai simbolik tuah dan perlindungan bagi menangkis kuasa jahat. - Agensi.