suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga durian cedera ditembak bekas isteri, bini muda turut jadi mangsa... Lari ke balai polis untuk minta bantuan

Kedua-dua mangsa cedera dan sedang dirawat di hospital.

SEORANG lelaki berusia 55 tahun memecut kenderaannya ke sebuah balai polis di Thailand selepas dia cedera ditembak oleh bekas isterinya.

Mangsa yang cedera di bahagian dada datang untuk meminta bantuan selepas dia dan isteri baharunya yang berusia 30 tahun diserang oleh suspek pada Khamis petang.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5 kilometer (km) dari Balai Polis Thung Kok.

Selepas tiba ke balai berkenaan, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Somdet Phra Sangkharat untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu, polis memaklumkan suspek merupakan wanita berusia 49 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh, kerat isteri! Letak daging mangsa dalam bekas, jual kepada penduduk kampung

Suspek berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol bersamanya.

Dalam soal siasat yang dijalankan di Balai Polis Thung Kok, suspek berkata dia bergaduh dengan bekas suaminya yang sedang berniaga durian di tepi jalan.

Selepas pergaduhan itu, dia mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menembak kedua-dua mangsa, dipercayai kerana cemburu.

Suspek akan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh serta memiliki senjata api secara haram.

Siasatan kes itu diketuai oleh Superintendan Polis Thung Kok Kolonel Polis Yanathorn Sanitpanyowotho, bersama Timbalan Superintendan Polis Kolonel Niyom Suiwong. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain