suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami bunuh, kerat isteri! Letak daging mangsa dalam bekas, jual kepada penduduk kampung

Tarsum didakwa membunuh serta memotong mayat isterinya pada Jumaat.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan!

Seorang lelaki bukan sahaja tergamak membunuh isterinya, malah dia turut memotong mayat serta menawarkan daging mangsa untuk dijual kepada penduduk kampung.

Lebih mengerikan, penduduk kampung mendakwa suspek meletakkan daging isterinya di dalam bekas sebelum dia cuba menjualnya kepada orang ramai.

Kejadian berlaku di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di Jawa Barat, Indonesia pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Ciamis, AKBP Akmal, suspek lelaki berusia 41 tahun itu membunuh isterinya berusia 40 tahun, ketika mangsa dalam perjalanan untuk mengaji.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh isteri terlepas tali gantung, dihukum penjara 30 tahun, 12 sebatan

"Mangsa dibunuh dan dikerat ketika hendak pergi mengaji pada pagi Jumaat.

"Kami menerima laporan daripada penduduk setempat dan bergegas ke lokasi kejadian. Mayat ditemukan dalam keadaan kedua-dua kaki dan tangan dikerat.

"Kepala serta tubuh mangsa tidak dikerat. Polis sudah menahan suspek. Motif kejadian masih belum diketahui," ujar Akmal.

Dalam pda itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti seperti pisau dan kayu.

Suspek yang bekerja sebagai penjual daging kambing dikatakan mengalami tekanan akibat dibelenggu hutang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain