suria

Lelaki potong jari isteri, tuduh ada kekasih gelap

Suspek ditahan dan didakwa atas kesalahan Kekerasan Dalam Rumah Tangga. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki di Lampung Utara, Indonesia bertindak memotong jari isterinya dalam satu kejadian pada petang Rabu lalu.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku kerana suspek yang berusia 26 tahun itu berang selepas mendakwa isterinya, 37, mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain.

Ketua Perhubungan Awam Polis Lampung, Pesuruhjaya Polis, Umi Fadillah Akustik, mengesahkan kejadian tersebut sebagai kes keganasan rumah tangga.

"Ya, memang ada kejadian keganasan rumah tangga di Lampung Utara dan anggota Polis Abung Selatan juga telah menahan suspek.

"Mereka bertengkar dan suspek bertindak mencekik mangsa sambil menghayunkan pisau,"katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Anak mangsa juga memberikan keterangan di mana kejadian itu berlaku disebabkan suspek menuduh isterinya yang berusia 37 tahun curang hanya kerana meminta izin untuk ke pasar.

Jelasnya lagi, suspek telah mencucuk mata mangsa dan menghayunkan pisau ke kepala mangsa sebanyak tiga kali.

"Kemudian pelaku turut menetak tangan kanan dan kiri isterinya sehingga menyebabkan jari telunjuknya putus dan kecederaan parah di lengan kiri mangsa,” kata Umi.

Suspek melarikan diri ke arah ladang jagung yang terletak tidak jauh dari rumah mereka namun penduduk tempatan berjaya menahan suspek dan segera melaporkan kepada pihak polis.

Suspek didakwa atas kesalahan Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. - Liputan6

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan

Artikel Lain