suria

Sekumpulan mak nyah mengamuk, serang lelaki warga asing selepas kawan kena tampar

Seorang lelaki cedera selepas diserang oleh sekumpulan mak nyah Thailand.

SEORANG lelaki warga asing cedera akibat diserang beramai-ramai selepas dia didakwa menampar seorang mak nyah Thailand di Soi Bangla di kejiranan Patong, Phuket pada pagi Khamis.

Video pergaduhan antara sekumpulan mak nyah dengan lelaki itu turut tular di laman Facebook.

Menurut keterangan pada video, ia berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan didakwa dicetuskan oleh lelaki warga asing itu yang menampar salah seorang mak nyah di kawasan berkenaan.

Video itu menunjukkan sekumpulan mak nyah mengejar seorang lelaki dan menyerangnya.

Salah seorang daripada mak nyah itu membelasah warga asing berkenaan manakala seorang lagi menendang dan menumbuknya.

Seorang lagi ahli kumpulan itu dilihat mengambil sebuah kerusi plastik sebelum ia dihempas ke atas badannya.

Malah, lelaki itu turut diserang dengan kasut tumit tinggi.

Menurut seorang mak nyah, lelaki itu bukan sahaja menampar rakannya, malah dia turut menendang orang ramai secara rawak ketika menaiki motosikal di kawasan berkenaan.

Lelaki itu juga gagal melarikan diri ketika diserang, menyebabkan dia cedera dipukul oleh kumpulan berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen Thailand menyatakan sokongan mereka terhadap kumpulan mak nyah itu. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain