suria

Lelaki bunuh bapa angkat, kemudian cuba perkosa isteri mangsa... Marah sebab dituduh jalin hubungan sulit

Pelaku membunuh bapa angkatnya kerana marah dituduh menjalinkan hubungan sulit.

KISAH mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun dari Pulau Morotai, Maluku Utara yang dibunuh oleh anak angkatnya ternyata meraih perhatian ramai.

Polis Indonesia berkata pembunuhan itu dicetuskan oleh tuduhan yang mendakwa pelaku (anak angkat) menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa.

"Menurut kenyataan pelaku, dia marah. Lelaki itu cemburu dengannya dan mendakwa pelaku menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

"Pelaku ditanya berulang kali oleh mangsa. Kemuncaknya, dia membunuh bapa angkatnya itu," kata Ketua Polis Pulau Morotai AKBP Agung Cahyono pada Jumaat.

Selepas pembunuhan itu, pelaku yang berusia 36 tahun turut melakukan serangan seksual terhadap isteri mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga durian cedera ditembak bekas isteri, bini muda turut jadi mangsa... Lari ke balai polis untuk minta bantuan

Bagaimanapun, Agung tidak menyatakan dakwaan keganasan seksual yang dimaksudkan, dan pihaknya menegaskan isteri mangsa tidak dirogol.

"Berdasarkan hasil siasatan mendalam terhadap kenyataan mangsa dan penjenayah, mereka selaras, jadi ketika (penjenayah) hendak melaksanakan (rogol), organ penting pelaku tidak berfungsi," katanya.

Atas perbuatannya itu, pelaku didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah dan Perkara 351 Perenggan 3 Kanun Jenayah.

Tambah Agung, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Untuk rekod, pembunuhan itu berlaku di Dusun Cao Besar, Desa Daruba, Kecamatan Morotai Selatan, Pulau Morotai, pada 5 Mei. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain