suria

Pemandu brek mengejut, kanak-kanak Israel maut jatuh tuk tuk di Thailand

Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta selepas terjatuh daripada tuk tuk.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut ketika menaiki tuk-tuk (beca berenjin) di Jalan Pantai Patong, Thailand pada malam Khamis.

Polis Patong berkata mereka menerima laporan tentang kejadian itu pada 10.40 malam yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nbaa Bahnasi dari Israel.

Menurut polis, siasatan mendapati mangsa terjatuh daripada sebuah tuk tuk ketika dalam perjalanan ke Jalan Thaweewong bersama keluarganya.

Pemandu tuk tuk, Bunyang Kaewaksorn, 51, berkata dia terpaksa menekan brek secara mengejut bagi mengelak seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Disebabkan tindakannya itu, mangsa terjatuh ke atas jalan raya sebelum dia dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain