suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis... Budak lelaki 5 tahun maut tersedak muntah sendiri

Ulas Topcu maut secara tragis kerana tersedak muntah sendiri. -Gambar Newsflash

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat tersedak muntahnya sendiri ketika sedang batuk.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Balikesir, Marmara, Turki pada 27 Februari lalu, Ulas Topcu ketika itu berada di dalam keadaan yang tidak sihat.

Menurut media tempatan, ketika batuk, Ulas turut termuntah namun malangnya muntah kanak-kanak tersebut tersekat pada saluran udaranya, menyebabkan mangsa tersedak.

Ibu mangsa terus bergegas ke Ocaklar Health Centre bersama mangsa. Namun, kanak-kanak lelaki tersebut tidak dapat diselamatkan dan diisytiharkan meninggal dunia.

Jasadnya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Bursa untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Menurut media tempatan, Ulas dilahirkan bersama kembarnya hasil rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas ibu bapanya pernah diberitahu mereka tiada harapan untuk menimang cahaya mata.

Berdasarkan sebuah kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, 40 peratus pasangan yang melakukan rawatan IVF akan mendapat kembar berbanding dengan kehamilan semula jadi. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain