suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyayat hati... Mayat bayi ditemui dalam keadaan terbakar, anggota badan hilang diratah anjing liar

Mayat seorang bayi ditemui berhampiran kem pekerja kilang batu, di wilayah Mae Hong Son, Thailand. -Gambar Khaosod

MAYAT seorang bayi ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tubuhnya terbakar, selain anggota badannya tidak sempurna kerana digigit anjing liar.

Menurut laporan media tempatan, mayat bayi malang tersebut yang ditemui berhampiran kem pekerja kilang batu, di wilayah Mae Hong Son, Thailand, dipercayai baharu dilahirkan.

Mayat bayi tersebut ditemui oleh seorang pekerja kilang berkenaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketika itu dia ternampak dua ekor anjing sedang menggigit sesuatu sebelum mendapati ia adalah mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya terus memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.

Polis sehingga kini masih menjalankan siasatan bagi menjejaki ibu kepada bayi malang tersebut. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain