suria

Alami batuk berdarah, lelaki terkejut nampak lintah melekat dalam kerongkong

Lintah sepanjang 6 sentimeter berjaya dikeluarkan daripada kerongkong lelaki berkenaan.

SEORANG lelaki di Hanoi terkejut apabila menemui seekor lintah melekat pada kerongkongnya.

Difahamkan, sebulan sebelum penemuan tersebut, lelaki berusia 53 tahun itu mengunyah segenggam rumput untuk merawat luka pada tangannya akibat terkena perangkap tikus.

Hanya beberapa hari kebelakangan ini, dia berasa sakit pada kerongkong dan merasakan ada objek bergerak-gerak di dalamnya.

Apabila lelaki itu menghalakan cermin pada mulutnya, dia melihat terdapat satu objek hitam melekat di dalam tekaknya.

Dia turut mengalami batuk berdarah dan memutuskan untuk pergi ke Hospital Kebangsaan Endokrinologi bagi menjalani pemeriksaan.

Doktor kemudian bertindak mengeluarkan lintah hidup sepanjang 6 sentimeter dari dalam kerongkong lelaki berkenaan selepas membiusnya. - VNExpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain