suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh kerana orang ketiga, wanita potong alat sulit suami ketika tidur

Mangsa dikejarkan ke hospital selepas insiden berkenaan ekoran kecederaan yang dialaminya. -Gambar Acehtribun

SEORANG isteri nekad memotong alat sulit suaminya menggunakan pisau gara-gara mengesyaki lelaki itu bermain kayu tiga.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Simpang Bayat, Sumatera Selatan pada 23 Februari lalu.

Menurut polis, kejadian bermula selepas pasangan suami isteri berkenaan bertengkar mengenai seorang wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Selepas bertengkar, pelaku yang hanya dikenali sebagai LY, 33, menunggu suaminya, Rian Hidayat, tidur sebelum memotong alat sulit lelaki tersebut menggunakan pisau.

Pelaku kemudian melarikan diri dan masih tidak dapat dikesan sehingga kini.

Sementara itu, mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun keadaannya tidak diperincikan.

Polis merayu agar pelaku tampil menyerah diri. -Acehtribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain