suria

Bilionair buat persiapan hadapi ‘hari kiamat’, bina kubu dan simpan bekalan makanan!

Ada di antara mereka membina kubu 'pertahanan' di pulau. -Gambar hiasan Getty Images

BEBERAPA individu ternama berstatus bilionair sudah melakukan persediaan untuk menghadapi 'hari kiamat', antaranya dengan membina kubu dan menyiapkan bekalan makanan serta ubat-ubatan.

Antaranya termasuklah bos Meta, Mark Zuckerberg yang membina sebuah kubu perlindungan di Hawaii.

Langkah drastik pengasas Facebook itu mendorong seorang pesohor podcast, Christina Randall mengisytiharkan bahawa golongan elit berkemungkinan sedang melakukan persiapan untuk menghadapi 'bencana'.

Selain Zuckerberg, pengasas firma kepintaran OpenAI, Sam Altman menyediakan keperluan termasuk ubat antibiotik, air dan banyak lagi barangan lain.

"Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Tetapi saya mempunyai senjata api, emas, kalium iodida, antibiotik, bateri, air, topeng gas daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan lain-lain,"ujarnya.

Altman berkata, dia dan pengasas bersama PayPal, Peter Thiel turut mengaturkan untuk 'melarikan diri' menuju hartanah mewah milik Thiel di New Zealand sekiranya hari 'kemusnahan' berlaku.

Turut tidak ketinggalan, hartawan teknologi, Elon Musk, yang mengisytiharkan bahawa beliau telah membina pertahanan 'terbaik' untuk menghadapi hari kemusnahan tamadun manusia.

Bos SpaceX itu berkongsi gambar trak dinamakan Tesla Cybertruck yang dilengkapi kaca perisai untuk melindungi daripada peluru berpandu atau robot pembunuh. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain