suria

Satu kabin panik! Penumpang terpaksa bergelut dengan lelaki cuba buka pintu pesawat

Beberapa penumpang terpaksa bergomol dengan seorang lelaki mabuk yang cuba membuka pintu pesawat. - Gambar Twitter DonnieDoesWorld

SEORANG lelaki mencetuskan kekecohan apabila cuba membuka pintu kecemasan pesawat America Airlines yang dalam penerbangan ke Chicago, Amerika Syarikat.

Insiden berlaku 30 minit selepas kapal terbang berlepas dari Albuquerque, yang mana lelaki yang mabuk itu cuba membuka pintu pesawat.

Tindakannya itu menimbulkan kekecohan dan rata-rata penumpang berasa panik.

Bagaimanapun, percubaannya untuk terus membuka pintu dihalang oleh sekumpulan penumpang lelaki yang bergelut dengan lelaki tersebut di lorong dalam pesawat sebelum diikat dengan 'flexi-cuffs' dan juga pita pelekat oleh staf America Airlines.

Penerbangan tersebut terpaksa berpatah balik dan mendarat di Albuquerque kerana berlaku kekecohan di dalam kabin dan menyebabkan penumpang lain berasa tidak selesa.

Salah seorang penumpang telah berkongsi pengalamannya di Instagram dengan menggambarkan situasi itu sebagai perkara menyeramkan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Siasatan lanjut ke atas lelaki terbabit sedang dijalankan oleh FBI Albuquerque. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain