suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cantik dalam persalinan putih, pengantin perempuan meninggal dunia selepas nikah

Seorang pengantin perempuan meninggal dunia di hari pernikahannya.

KEGEMBIRAAN meraikan pasangan Raja Sehari bertukar sayu apabila pengantin perempuan meninggal dunia di hari pernikahannya.

Pada mulanya pengantin perempuan mengadu sakit selepas majlis nikah sehingga akhirnya dia menghembus nafas terakhir pada waktu malam.

Kisah wanita itu menjadi tular, selepas seorang pengguna TikTok membuat perkongsian mengenainya, pada Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Abang pengantin perempuan menceritakan kesedihan yang dirasai keluarganya kerana kematian pengantin perempuan.

Majlis perkahwinan berlangsung di rumah dan pengantin perempuan kelihatan anggun dan berseri dalam persalinan putih.

Dia masih tersenyum dan kelihatan gembira pada majlis pernikahannya yang berlangsung pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, dia kemudian tiba-tiba jatuh dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak keluarga menerima khabar duka pada pukul 7 malam apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia.

Tidak dinyatakan punca kematian, namun difahamkan pengantin perempuan sudah sakit sebelum ini dan cuba menahan kesakitan itu demi pernikahannya. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain