suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk ketakutan, berpuluh orang jadi mangsa gajah naik minyak... Ada yang dipijak, ditusuk dengan gading hingga maut

Gajah liar mengganas menimbulkan ketakutan kepada penduduk kampung. - Gambar AFP via Getty Images

GARA-GARA kerap diserang gajah liar yang ganas, penduduk sebuah kampung di Thailand terpaksa menggunakan mercun bola untuk menakutkan haiwan tersebut.

Difahamkan, kira-kira 90 orang telah menjadi mangsa serangan haiwan itu dengan ada yang terkorban dan cedera parah termasuk kehilangan anggota badan.

Kehadiran gajah liar menyebabkan penduduk kampung seolah-olah menjadi tahanan di rumah sendiri, sehingga mereka terpaksa membuat bahan letupan kecil atau membeli mercun untuk menakutkan haiwan tersebut.

"Gajah liar pernah membaling manusia pada pokok. Ia akan memastikan mangsanya mati dengan memijak atau menusuk tubuh mangsa dengan gading.

"Gajah boleh bermain dengan badan manusia seperti anak patung," kata Penyelidik Pusat Pendidikan Gajah Timur, Taan Wannagul.

Dia juga berkata, kebiasaannya gajah tidak akan menyerang, tetapi oleh kerana telah dilempar dengan mercun, ia bertindak lebih agresif.

Penduduk kampung juga memasang kamera untuk merakam pergerakan keluar masuk haiwan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain