suria

Dakwa ada ilmu kebal, penjaga parkir nyaris maut ditikam rakan

Polis menahan pelaku selepas bertindak menikam rakannya menggunakan pisau. -Gambar X

SEORANG penjaga tempat letak kereta di Jambi, Indonesia cedera ditikam oleh rakannya sendiri, selepas mengaku dirinya mempunyai ilmu kebal.

Dalam kejadian pada pagi Sabtu, mangsa yang bernama Yudi pada mulanya sedang berbual sambil menikmati kopi bersama rakannya, Yudha yang juga bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta di Pasar Angso Duo.

Ketika itu Yudi mendakwa dia mempunyai ilmu kebal lantas mencabar rakannya untuk cuba menikamnya menggunakan pisau bagi membuktikan dakwaannya.

Tercabar dengan kata-kata tersebut, Yudha terus menikam Yudi sebanyak dua kali.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Telanaipura, Inspektor Junaidi berkata, pelaku yang merasakan dirinya dicabar segera mengambil pisau dan menikam ke badan mangsa sebanyak dua kali.

"Selepas ditikam, mangsa melawan dan mereka berdua berlawan tanpa menggunakan senjata," katanya.

Tambahnya, orang awam yang melihat kejadian itu segera meleraikan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bhayangkara.

"Pelaku ditahan pihak keselamatan pasar dan diserahkan kepada polis," katanya. -Metrojambi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain