suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukar jumpa calon sesuai, pemandu beca motor iklan diri cari jodoh... Jamin isteri sentiasa bahagia

Seorang lelaki mengiklankan dirinya sendiri untuk mencari calon isteri.

BERHASRAT mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 29 tahun nekad mencari calon isteri dengan caranya sendiri.

Berasal dari Madhya Pradesh, India, Deependra Rathore menggunakan pendekatan unik menerusi iklan yang dipasang pada motosikal beca elektrik milikya.

Iklan tersebut memaparkan tujuannya untuk berkahwin dan butiran peribadi.

Menurut Deependra, dia berhasrat untuk berkahwin tetapi tidak dapat mencari pasangan yang sesuai kerana mendakwa tidak ramai wanita dalam komunitinya.

Jelasnya lagi, perbezaan agama dan kasta tidak penting baginya dan mana-mana wanita boleh mendekatinya dengan lamaran perkahwinan itu.

Deependra juga menyertai grup perkahwinan untuk mencari pengantin perempuan tetapi dia tidak dapat menemui wanita dari bandarnya.

Susulan itu, dia memutuskan untuk mengemaskini butirannya dalam pencarian itu.

Menurut Deependra, dia juga bersedia untuk berkahwin dengan seorang wanita di luar bandarnya.

Iklan mencari jodoh itu memaparkan butiran peribadinya seperti ketinggian, tarikh dan masa lahir, kumpulan darah, kelayakan pendidikan dan banyak lagi.

Deependra menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu motosikal beca elektrik.

Deependra berkata, dia akan memastikan sesiapa yang menjadi isterinya akan sentiasa dibahagiakan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain