suria

Tragis... Bayi berusia sebulan maut, ibu tersilap masukkannya ke dalam ketuhar untuk ditidurkan

Maria (kanan) kini ditahan dan didakwa atas pertuduhan membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian anak.

SEORANG bayi perempuan berusia sebulan meninggal dunia secara tragis selepas ibunya dilaporkan memasukkannya ke dalam ketuhar ketika waktu tidur siang.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat, pada Jumaat lalu.

Menurut keterangan, Maria Thomas secara tidak sengaja meletakkan bayinya untuk tidur siang di dalam ketuhar dan bukannya katil bayi.

Pihak polis berkata, pakaian serta lampin bayi malang itu bertukar hitam akibat terbakar dek kepanasan suhu ketuhar, malah terdapat bau asap di dalam rumah.

Sementara itu, datuk kepada mangsa memaklumkan kepada penyiasat bahawa Maria telah menghubunginya sekitar jam 1 petang pada hari kejadian, menyatakan kebimbangan mengenai bayinya.

Sebaik tiba di kediaman Maria, dia mengesan bau asap dan mendapati bayi malang itu sudah berada di dalam katilnya.

Dia mendedahkan, Maria telah memaklumkan kepadanya bahawa dirinya 'sedang meletakkan bayinya untuk tidur siang dan secara tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar dan bukannya katil bayi'.

Maria kini ditahan di Pusat Tahanan Daerah Jackson.

Dia didakwa atas pertuduhan membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian anak. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain