suria

Lelaki bertopeng selamba rembat 50 iPhone, tak peduli orang ramai

Imej tangkap layar memaparkan suspek merentap iPhone yang diletakkan di meja pameran.

RAKAMAN video memaparkan seorang lelaki bertopeng yang selamba melakukan rompakan di sebuah kedai Apple Store pada waktu siang, tular di platform media sosial, baru-baru ini.

Dalam klip video tersebut, lelaki bertopeng yang memakai pakaian serba hitam bergerak dari meja ke meja dan merentap semua jenis telefon pintar iPhone serta memasukkannya ke dalam poket seluarnya.

Difahamkan, dia berjaya mengambil puluhan telefon pintar yang berharga ratusan dolar setiap unit sebelum keluar dari premis yang terletak di Emeryville, California.

Menurut laporan media tempatan, dianggarkan 50 buah iPhone yang berada di meja pameran pada ketika itu.

Polis memaklumkan kes tersebut dilaporkan pada pagi Isnin lalu.

Seorang pengadu memberitahu polis bahawa suspek lelaki telah melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan telefon bernilai kira-kira AS$49,230 (RM234,580).

Sementara itu Jabatan Polis Emeryville menjelaskan kereta polis yang kelihatan di dalam video itu adalah 'kereta hantu' yang digunakan untuk mengekang jenayah dan tiada pegawai di dalamnya, kata mereka.

Bagaimanapun, polis berjaya menangkap suspek pada Rabu lalu.

Suspek dikenal pasti sebagai Tyler Mims, 22, yang merupakan penduduk di daerah Berkeley.

Mims kini ditahan dipenjara Santa Rail di Dublin dan jadualkan hadir ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan kes kecurian pada Jumaat depan. -NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain