suria

Niat nak cari kerja, wanita dirogol dan diseksa selepas diperdaya rakan... Badan melecur dicurah kuah dal panas

Mangsa dirogol dan diseksa ketika mentepa bersama tertuduh selama sebulan. -Gambar hiasan

GARA-GARA termakan pujukan rakan yang baharu dikenali selama beberapa bulan, seorang wanita cedera parah akibat diserang secara fizikal dan dirogol oleh lelaki berkenaan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hsopital.

Menurut polis, wanita yang berasal dari Darjeeling, Bengal Barat itu mendakwa, dia pada mulanya merancang ke Bengaluru untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada awal Januari.

Bagaimanapun, dia singgah di New Delhi untuk bertemu seorang rakan lelaki, Paras, yang baharu dikenali sekitar empat bulan.

Lelaki berkenaan dakwanya, telah menawarkan bantuan dalam mencari pekerjaan dan memintanya untuk tinggal di New Delhi.

Selama kira-kira sebulan menetap di rumah Paras di kawasan Neb Sarai, selatan Delhi, wanita tersebut dirogol dan dicederakan termasuk pernah dicurahkan kuah dal panas ke atas tubuhnya oleh rakan lelakinya itu.

Pada 30 Januari, Balai Polis Neb Sarai menerima panggilan kecemasan, melaporkan seorang wanita diserang oleh pasangannya.

Sepasukan polis tiba di tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan wanita berkenaan.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Terdapat kira-kira 20 kesan kecederaan pada tubuh badannya.

Mangsa dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini, tambah pegawai polis.

Sementara itu, Paras, yang berusia 28 tahun, ditahan pada 2 Februari lalu.

Tertuduh didakwa atas tuduhan merogol, meliwat, dan mendatangkan kecederaan.

Siasatan terhadap perkara itu sedang dijalankan, kata pihak berkuasa. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain