suria

Pokok tumbang atas landasan roller coaster, 14 pengunjung taman tema cedera

Kejadian itu berpunca daripada angin kencang yang menyebabkan pokok tumbang ke atas landasan roller coaster. -Gambar Bloomberg via Getty Images

MALANG tidak berbau.

Seramai 14 pengunjung sebuah taman tema di Sepanyol cedera selepas sebatang pokok tumbang di atas landasan roller coaster yang dinaiki mereka, baru-baru ini.

Selain pengunjung dewasa, kanak-kanak yang menaiki permainan itu turut cedera sehingga mereka terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan kritikal terpaksa dihantar ke sebuah lagi hospital menggunakan pengangkutan udara.

Menurut jurucakap taman tema PortAventura World, kejadian itu berpunca daripada angin kencang yang menyebabkan pokok tumbang ke atas landasan roller coaster.

"Disebabkan angin kencang, kemalangan telah berlaku di mana sebatang pokok tumbang di atas roller coaster Tomahawk. Beberapa dahan pokok terkena pengunjung.

"Kami mengikuti perkembangan mangsa-mangsa dan menawarkan semua sokongan yang diperlukan kepada keluarga," ujar jurucakap taman tema itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain