suria

Pelajar ditemukan maut tergantung dalam bilik asrama beberapa jam selepas hadiri parti perpisahan

Mangsa merupakan pelajar tahun dua di sebuah kolej. -Gambar sekadar hiasan

SEORANG pelajar tahun dua di sebuah kolej di Telangana, India ditemui tergantung di bilik asramanya pada malam Sabtu, beberapa jam selepas dia menghadiri majlis perpisahan di kolejnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 malam, ketika majlis berkenaan masih berlangsung.

Difahamkan, pelajar tersebut pulang ke biliknya dan sempat membuat panggilan video kepada ibunya sebelum ditemui mati.

Dalam panggilan video itu, dia turut berkongsi dengan ibunya mengenai majlis yang dihadirinya itu.

Tidak lama kemudian, ibu dan bapa kepada pelajar tersebut menerima panggilan daripada pihak berkuasa kolej, memaklumkan bahawa anak perempuan mereka tidak sihat dan telah dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, keluarga pelajar itu mendakwa kakitangan kolej telah meninggalkan hospital sebelum mereka tiba untuk melihat anak perempuan mereka.

Kes berkenaan kini sedang dalam siasatan polis. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain