suria

Kejam! Budak 4 tahun jadi mangsa dera ibu tiri dan bapa kandung, meninggal dunia direndam dalam kolam

Tertuduh (berbaju oren) yang merupakan pasangan suami isteri berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. -Gambar Serambinews

SEORANG kanak-kanak berumur empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat direndam dalam kolam air oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Ujung, mukim Singkil, Aceh, pada pertengahan Mei 2023.

Bagaimanapun, kejadian hanya terbongkar selepas abang mangsa yang berusia lima tahun, yang ditemani penduduk kampung, membuat laporan polis pada 5 Februari lalu.

Abang mangsa yang dikenali sebagai AF menjadi saksi apabila ayah dan ibu tirinya merendam mangsa sehingga meninggal dunia.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu juga sering didera oleh ibu tiri dan bapa kandung mereka.

"Ketika itu AF melihat mangsa dicelup ke dalam kolam air di bawah rumah oleh bapanya sendiri.

"Selepas bapanya pergi bekerja, ibu tirinya pula merendam mangsa sehingga meninggal dunia," kata Ketua Polis Aceh Singkil AKBP Suprihatiyanto.

Difahamkan, mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Singkil oleh ibu tirinya selepas mendapati tiada pergerakan, dan mendakwa mangsa terjatuh dari tangga.

Jika sabit kesalahan, pasangan suami isteri itu berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun. -Acehtribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain