suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami cemburu potong telinga, hidung isteri... Paksa anak lelaki 10 tahun 'tonton' aksi ngeri

Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di wajah dan anggota badan.

SEORANG wanita terpaksa hidup dalam ketakutan dan trauma selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami.

Selain wajah, beberapa anggota badannya juga dikelar menggunakan pisau ketika pertengkaran berlaku di sebuah rumah di Kyrgystan.

Memetik laporan Daily Star, mangsa berusia 37 tahun dituduh berlaku curang sebelum dia tiba-tiba diserang oleh suaminya.

Pada masa kejadian, anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun turut sama menyaksikan kejadian ngeri berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, suaminya ditahan dan dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

Mangsa ketika ditemui pemberita meluahkan rasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan terhadap lelaki terbabit dan berharap dia dikenakan penjara seumur hidup.

Malah katanya, dia terpaksa hidup dalam ketakutan dan membalut wajah dengan bandage serta mask bagi selain membuang kesemua cermin di dalam rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain