suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara terpijak gula-gula getah, 2 guru dipecat selepas hukum 'tindik' bibir murid

Guru digantung tugas selepas menghukum murid.

GARA-GARA terpijak gula-gula getah, seorang guru bertindak mencucuk bibir 36 anak muridnya menggunakan pin.

Kejadian pada Khamis itu berlaku selepas guru berusia 27 tahun itu berang dengan tindakan salah seorang anak muridnya yang membuang gula-gula getah di kawasan Sekolah Wat Dan Samrong di Thailand.

Dia yang tertekan dengan insiden berkenaan kemudiannya meminta bantuan rakan sekerja yang berusia 50 tahun untuk menghukum murid darjah 3 sekolah berkenaan.

Hukuman yang dilakukan itu membuatkan seorang waris murid tampil membuat aduan di balai polis.

Malah mereka turut menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku jangkitan akibat perbuatan tidak bersih.

Susulan itu, pengarah sekolah menggantung tugas kedua-dua guru terlibat selepas mereka mengaku bersalah. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain