suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki jijik raba kemaluan, jilat selipar sebelum curi baju... Nenek 76 tahun trauma nak keluar rumah

Perbuatan tidak senonoh seorang lelaki dirakamkan menerusi CCTV. -Gambar FB โหนกระแส

SEORANG lelaki dikesan mencuri pakaian termasuk kasut dan selipar di sebuah apartmen demi kepuasan seksualnya.

Perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di perumahan itu.

Kejadian berlaku di Nonthaburi dekat Bangkok, Thailand.

Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun yang tinggal di sebuah apartmen di Bang Bua Thong membuat laporan polis mengenai suspek, pada Jumaat.

Klip rakaman CCTV berhubung kejadian turut diserahkan kepada pihak polis.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berusia 30an, memakai kemeja-T warna putih dan seluar pendek hitam, mencuri pakaian yang disidai di luar rumah.

Dia kemudian mencium pakaian tersebut sambil menyentuh kemaluannya sebelum beralih mengambil beberapa selipar di atas lantai.

Tidak cukup sekadar itu, lelaki berkenaan dilihat menghidu dan menjilat selipar sebelum baring di atas lantai.

Dia kemudian menyembunyikan semua pakaian dan selipar yang dicuri di bawah bajunya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Bercakap kepada Channel 3, wanita warga emas itu berkata, dia merupakan orang kurang upaya (OKU) dan tinggal bersama cucunya berusia 13 tahun.

Menurutnya, pakaian yang dicuri lelaki itu adalah miliknya.

Dia mengakui masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dan takut untuk mengalihkan pakaian dan mengeringkannya pada waktu malam.

Menurut wanita itu lagi, dia bimbang sekiranya lelaki itu akan kembali melakukan jenayah lain atau menyakitinya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak polis dapat menahan suspek secepat mungkin. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain