suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi plagiat hasil penyelidikan, 2 pensyarah universiti dipecat! 12 ahli akademik lagi disiasat

Kajian penyelidikan perlulah dilakukan dengan sebaiknya. -Gambar hiasan

PADAH membeli hasil kajian individu lain dan melakukan plagiarism, dua pensyarah di Bangkok Thailand dipecat daripada universiti.

Perkara tersebut didedahkan Menteri Pengajian Tinggi, Sains, Kajian dan Inovasi Thailand pada Rabu.

Susulan daripada itu 109 ahli akademik dari 33 buah universiti disiasat berhubung isi kandungan kertas penyelidikan yang dicuri mahupun plagiat.

Daripada jumlah itu, 74 kes telah diselesaikan dengan 60 daripadanya bebas manakala baki 14 individu daripada lapan universiti didapati menghasilkan kertas penyelidikan yang mengandungi masalah dalam bibliografi.

Dua daripada 14 ahli akademik itu, seorang dari Universiti Chiang Mai (CMU) dan seorang lagi dari Akademi Diraja Chulabhorn, didapati melakukan kesalahan serius seterusnya dipecat daripada jawatan.

Perkara tersebut disedari selepas bilangan kertas penyelidikan yang berlebihan diterbitkan oleh penyelidik individu sejak tiga tahun lalu.

Para penyelidik juga membuat kajian di luar bidang kepakaran mereka atau mengarang bersama kertas kerja tanpa mengambil bahagian dalam penyelidikan. - Bangkok Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain