suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burger belalang diperkenalkan di Arab Saudi, peminat dedah nikmat di sebalik menu eksotik

Burger belalang yang mendapat populariti di kalangan penduduk Arab Saudi.

TIDAK disangka juadah yang meliurkan boleh ditukar menjadi sesuatu yang di luar kebiasaan.

Begitulah kisahnya apabila burger belalang yang diperkenalkan semakin digemari oleh penduduk sehingga menjadi trend baharu di Arab Saudi.

Hidangan itu dijual pada harga 7.50 riyal (RM9.47) termasuk roti ban, belalang, bawang, sos dan ramuan lain.

Pada kebiasaannya, serangga itu banyak terdapat di wilayah seperti Madinah dan Qassim.

Walaupun serangga itu boleh dijadikan makanan dan popular dalam kalangan penduduk, tidak banyak restoran di Arab Saudi yang mahir menyediakan hidangan belalang.

Ramai peminat belalang berkongsi pengalaman mereka memburu, menangkap dan memasak serangga itu di media sosial.

"Belalang ni sangat rangup dan kalau digabungkan dengan burger memang mantap sekali rasanya," kata mereka yang pernah merasai hidangan tersebut.

Dilaporkan satu beg berisi 100 ekor belalang boleh dijual pada harga 50 riyal (RM63.11). - Gulf News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain