suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara cinta, pelajar perempuan kongsi ratusan gambar lucah kepada teman lelaki

Remaja terbabit mengalami trauma akibat kejadian yang berlaku.

PERASAAN cinta dan sayang yang terlampau sering kali membuatkan sesetengah individu melakukan perkara tidak wajar.

Begitulah yang dilakukan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia, apabila dia sanggup memberikan beratus gambar aksi dan video berunsur lucah kepada teman lelaki.

Perbuatannya itu terbongkar selepas kesemua video dan gambar tersebut tular di media sosial.

Lebih menyedihkan apabila ibunya hanya menyedari perkara tersebut selepas ia dimaklumkan oleh seorang individu yang tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.

Susulan daripada itu, ibunya membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

Remaja terbabit juga didapati mengalami trauma selepas mengetahui video dan gambar lucahnya tersebar di media sosial sehingga enggan pergi ke sekolah.

Terdahulu, 26 video dan ratusan gambar lucah yang dipercayai milik pelajar terbabit tular di media sosial. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain