suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keranda ‘muncul’ di tepi jalan, cetus tanda tanya pengguna lebuh raya

Kemunculan keranda di tepi jalan membuatkan pengguna jalan raya di Cork terkejut. -Gambar Themirror

PENGGUNA jalan raya di Fermoy, Ireland terkejut apabila melihat sebuah keranda diletakkan di tepi jalan, sekaligus mengundang tanda tanya mengenai situasi yang berlaku.

Menerusi video yang dirakam, kelihatan juga sebuah kenderaan mayat yang terbakar tidak jauh daripada keranda berkenaan.

Difahamkan, kenderaan itu mengalami masalah teknikal ketika membawa keranda berkenaan dari Cork ke Dublin.

Keranda berkenaan bagaimanapun sempat diangkat dan dipindahkan ke tepi jalan, sebelum kenderaan mayat itu terbakar.

Sumber berkata, tiada mayat di dalam keranda itu.

Tiada mangsa yang tercedera di dalam insiden berkenaan. -Irishmirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain