suria

Menantu lelaki kantoi rupanya wanita, bapa mentua kecewa tertipu

Seorang wanita berpakaian seperti pengantin lelaki pada majlis pernikahan.

SEORANG bapa mentua kecewa selepas menyedari menantu perempuannya sebenarnya adalah wanita.

Memetik laporan Tribunnews, ibu bapa kepada pengantin perempuan yang berusia 23 tahun, hanya mengetahui 'suami' anaknya merupakan seorang wanita selepas berurusan di jabatan agama di Sukaresmi, Indonesia.

Lelaki berusia 60 tahun itu merasakan dirinya tertipu dengan anaknya sendiri apabila perkara tersebut terbongkar setelah tiga hari perkahwinan mereka.

"Setelah nikahkan anak, saya terus ke pejabat di kampung ini dan pergi ke jabatan agama di sini.

“Namun, setelah meminta dokumen pengenalan diri, barulah saya tahu menantu sebenarnya adalah perempuan,” katanya.

Terdahulu, pernikahan itu menjadi tular apabila seorang wanita menyamar sebagai lelaki untuk berkahwin dengan pasangannya yang juga wanita di Cianjur di Jawa Barat.

Susulan itu, Dayat membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kes itu kini disiasat oleh polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain