suria

Pramugari cuai ketika hulur kopi panas, penumpang melecur berang tak dapat keadilan... Alasannya tiada bukti CCTV

Penumpang mendakwa syarikat penerbangan tidak mahu bertanggungjawab atas kecederaannya.

SEORANG lelaki melecur apabila kopi panas tumpah ke atas badannya semasa dia menaiki sebuah penerbangan pada 8 Disember.

Menerusi perkongsian di media sosial, mangsa mendakwa kopi itu tumpah ketika pramugari sedang menghulurkan cawan kepada penumpang di sebelahnya.

Jelas mangsa, cawan berisi kopi panas itu terlepas daripada genggaman pramugari sebelum tumpah dan membasahi bahagian badan serta lengannya.

Susulan kejadian itu, penumpang menerima rawatan perubatan di dalam pesawat, namun mendakwa pramugari kelihatan tidak bersedia untuk menangani keadaan itu.

Dakwanya, pramugari hanya menasihatinya untuk terus membilas kesan lecur dengan air dan sehingga mereka tiba di Lapangan Terbang Chiang Mai, lapor Sanook.

Ketika mendarat, pramugari memaklumkan kepada penumpang bahawa syarikat penerbangan Thailand itu tidak boleh bertanggungjawab atas kejadian tersebut kerana ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)

Mereka mencadangkan penumpang tersebut meminta pampasan daripada penumpang di sebelahnya.

Dalam perkongsian di media sosial, penumpang itu turut menyatakan kekecewaan dan mempersoalkan perkhidmatan syarikat penerbangan berkenaan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain