suria

Wanita nafi kahwin kerana wang, terima wajah suami seadanya walaupun ramai anggap tak sepadan

Pasangan ini berkenalan menerusi Facebook pada tahun 2017.

PASANGAN suami isteri Divine Rasping dan Scott Smith meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok apabila mereka dianggap tidak sepadan.

Menerusi video tular, segelintir netizen meninggalkan komen biadab dan menuduh Divine menikahi suaminya itu semata-mata kerana wang.

Malah, mereka menyifatkan pasangan itu langsung tidak sepadan kerana Divine seorang wanita yang cantik sedangkan suaminya tidak kacak.

Kata Divine, dia terluka membaca komen-komen itu, apatah lagi suaminya merupakan penghidap penyakit kronik Scleroderma, sejenis penyakit autoimun yang menyerang kulit.

"Ianya menyakitkan apabila membaca komen yang menuduh saya bersama Scott kerana saya mahukan duitnya," ujar Divine sambil menambah bahawa dia mengecapi kebahagiaan dengan suaminya.

Di sebalik komen negatif, pasangan itu turut menerima sokongan positif daripada pelayar TikTok.

Untuk rekod, Divine berasal dari Filipina manakala suaminya berasal dari Amerika Syarikat (AS)

Mereka berkenalan melalui Facebook pada tahun 2017.

Selepas empat tahun menjalani hubungan jarak jauh, Divine berpindah ke AS untuk bersama dengan Scott. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain