suria

Mayat ibu ditemukan atas katil dalam keadaan tragis, anak pukul dengan penyapu sampai mati

Penyapu yang digunakan untuk memukul mangsa. -Gambar FB Amarin TV 34

SEORANG anak tergamak memukul ibunya hingga mati menggunakan penyapu di rumah.

Kejadian berlaku di Ang Thong, Thailand pada Rabu apabila seorang wanita berusia 49 tahun menemukan mayat ibunya berusia 72 tahun di dalam rumah.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh ThaiRath, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas katil.

Mangsa mengalami kecederaan teruk, dan kelihatan lebam di seluruh badannya serta terdapat penyapu berlumuran darah dekat badannya.

Wanita itu mengesyaki kakaknya berusia 52 tahun yang tinggal bersama ibu mereka mungkin terlibat, memandangkan dia tiada ketika penemuan tragis itu.

Dia mendedahkan kakak dan ibunya bergaduh hampir setiap hari kerana kakaknya merupakan penagih dadah.

Dia percaya kakaknya melakukan pembunuhan ketika di bawah pengaruh dadah dan menggesa pihak polis mencari kakaknya.

Polis menemui kakaknya kira-kira 1 kilometer dari rumah, namun suspek menafikan membunuh ibunya dan memberikan maklumat yang mengelirukan.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki dadah dan kini disiasat kerana didakwa membunuh ibunya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain