suria

Lelaki didakwa pukul pemancing sampai mati, berang kolam ikan diceroboh berulang kali

Suspek mengakui kesalahan dibuat ketika ditahan polis.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana didakwa membunuh individu yang berulang kali menceroboh kolam ikan miliknya untuk memancing.

Menurut Khmer Times, suspek ditahan dan dibawa ke Pejabat Polis Jenayah Berat di kampung Thmey, wilayah Battambang di Thailand pukul 2 petang Isnin (waktu tempatan).

Dia didakwa atas pembunuhan ke atas seorang lelaki berusia 43 tahun, yang ditemukan mati berdekatan kawasan sawah di Banan, Thailand, dalam kejadian pada 30 November lalu.

Mayat dibuang di kawasan semak berdekatan sawah.

Suspek mengaku melakukan kekerasan dengan memukul dan menghentak mangsa sehingga mati di tempat kejadian dan membuang mayatnya di semak berdekatan.

Menurut suspek lagi, dia melakukan perbuatan itu kerana berang apabila mangsa sering menangkap ikan di parit belakang rumahnya.

Kes tersebut kini dalam siasatan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain