suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dikejar isteri hamil ketika ‘dating’ wanita lain, suami pandu kereta rempuh kedai... Penyondol sempat lari

Kereta Toyota dipandu merempuh sebuah kedai dalam kejadian Isnin. -Foto Khmer Times

SEORANG lelaki yang memandu kereta merempuh sebuah kedai ketika dikejar isterinya yang sarat mengandung dengan menaiki motosikal.

Memetik laporan Khmer Times, kejadian berlaku di Khan Boeung Keng Kang, Phnom Penh di Kemboja, kira-kira pukul 1.40 pagi Isnin (waktu tempatan).

Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki itu membawa teman wanitanya keluar dengan menaiki kereta.

Namun, perkara itu diketahui isterinya yang hamil enam bulan sebelum nekad mengejar suaminya menggunakan motosikal.

a3

Kereta yang dipandu merempuh sebuah kedai.

Kenderaan dipandu suaminya bagaimanapun bertembung dengan kereta lain lalu melanggar tiang penunjuk arah jalan.

Kereta yang dipandu kemudian merempuh sebuah kedai.

Teman wanitanya sempat melarikan diri dan meninggalkan lelaki itu di lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa membayar pampasan bagi menanggung kerugian terhadap segala kerosakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain